A Picture Speaks a Thousand Words

KERINGAT SEORANG NELAYAN


Gambar  ini saya rakamkan semasa nelayan ini sedang memunggah hasil lautan untuk dibawa naik ke jeti. Saya tidak boleh bayangkan kerja sebagai seorang nelayan, dipanah terik mentari, hujan ribut, ombak besar yang mengancam nyawa dengan hanya satu tujuan, mencari rezeki yang halal. Memang seronok bila membuat travel photography kerana selain dapat mengambil gambar saya juga dapat belajar tentang kehidupan. 

Gambar ini dirakamkan dengan Canon EOS 7D, Sigma 17-70mm f/2.8, FL25mm, f/7.1 , 1/160 ISO 100, Natural light. (tidak ada tambahan saturation atau contrast) Gambar ini original cuma saya crop dan tambah watermark sahaja.